Tentang kampung

Bukit Changgang merupakan asalnya sebuah kampung di hujung daerah Kuala Langat dan bersempadan dengan daerah Sepang.Berkeluasan hampir 1,873 ekar dan majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu Jawa.Terdapat juga perkampungan orang asli dan sebahagian rumah berbangsa India dan Bangsa Cina.

Asal usul kampung Bukit Changgang bermula Pada tahun 1922 di terokai oleh sekumpulan orang orang Asli di ketuai oleh  Pak Lepan, berpindah pindah di bukit Tadom, Bukit Changgang dan Bukit Boi.

Nama Kg Bukit Changgang berasal dari  nama pokok buah chenggang yang banyak di atas bukit.Orang menamakanya Bukit Chenggang, kemudian ditukar kepada Bukit Changgang.

Pada tahun yang sama juga sekumpulan orang orang jawa datang dan membuka penempatan  baru dan bertanam padi huma dan di namakan Kubang Beras.mereka terdiri dari Hj Hambari, Hj Dahalan,Hj Jabir, Hj Salleh,Hj Siraj dan Bawok bersaudara kembar.

Pada tahun 1925 sekumpulan orang orang melayu dari Sumatera di ketuai olih Long Lembang dan membuka penempatan di Bukit Changgang,di simpang jalan masuk ke kag Labuhan Dagang.

Pada tahun 1940 orang orang Cina pula datang untuk berniaga dan membuat penempatan baru,dan membela khinzir dan bertani,maka terbentuk kawasan pekan di simpang Labuhan Dagang.

Pada tahun 1946 berlaku Dharurat di mana komunis telah menyerang Balai Polis Pasar dan orang kampong ada beberapa orang terbunuh

Pada tahun 1947 pihak Inggeris mengambil keputusan untuk mengumpul dan memindahkan orang orang Cina ke Kampung Baru Jenjarom, dan Kg Baru Pandamaran di Kelang.

Pada tahun 1972 Rancangan Tanah Pemuda telah di buka olih Pejabat daerah Kuala langat menempatkan 200 Belia dari Daerah K.Langat,dan di beri nama Kg Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang. Para belia ini di beri kursus di kem Belia Dusun Tua selama 3 bulan dan mereka ini menebang sendiri tanah mereka dan di tanam dengan tanaman K. Sawit dan  di beri tanah Seluas 6 ekar lot dan tapak rumah seluas ½ ekar.

Pada tahun 1985 Rumah Murah Kg Bukit Changgang telah di buka olih Kerajaan Negeri dan menempatkan seramai 350 unit rumah murah dan di namakan Taman Changgang Jaya.

20 km dari Kg Bukit Changgang pada tahun 1997 Bandar Cyber Jaya telah di buka sebagai Bandar Cyber yang maju.

15 km dari Kg Bukit Changgang terletak di selatan pada tahun 1998 Kuala Lumpur International Airport telah di buka,sebagai Lapangan terbang yang canggih untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi pada masa hadapan.

Kampung Bukit Changgang terletak di dalam daerah Kuala Langat di bawah Pejabat Daerah Kuala Langat dan juga Majlis Perbandaran Kuala Langat.