Pihak MPKK Kg Bukit Changgang telah mengambil inisiatif membina pusat petempatan tong sampah domestik bagi kawasan kampung Bukit Changgang.

Ini di sebabkan pembangunan yang semakin pesat dan melampau di kawasan ini telah menyebabkan pembangunan yang tidak terkawal akibat pembangunan yang pesat dan maju di kawasan sekitarnya.

Tong sampah ini terletak di jalan Orkid (belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang) dan juga jalan Emas Kiri  (sebelum Petronas Bukit Changgang).

Di minta masyarakat menggunakan tong sampah ini sebaik mungkin dan kutipan sampah berjadual ini di uruskan oleh pihak PBT (Majlis Perbandaran Kuala Langat).