Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Daerah Kuala Langat & Klang anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Kuala Langat & Klang telah dilaksanakan pada 25 Jun 2022 bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat.
Program yang julung kali diadakan selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara telah berjaya menghimpunkan belia dan beliawanis Orang Asli sekitar Kuala Langat dan Klang untuk menyertai pertandingan sukan yang dianjurkan.
Empat acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Sepak 9 sebelah, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Menyumpit. Juara setiap acara akan mewakili daerah ke peringkat negeri yang bakal berlangsung pada 3 Julai 2022 di IKBN Peretak, Hulu Selangor.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah dilantik oleh JAKOA Kuala Langat dan Klang sebagai penyelaras bersama bagi menjayakan Karnival Sukan Orang Asli berkenaan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Nor bin Yaakub, Pegawai JAKOA Daerah Kuala Langat dan Klang.