Santai pagi bersama penduduk Kampung Bukit Changgang

17 JUN 2022: YBrs. Pegawai Daerah Kuala Langat telah meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampong bukit Changgang yang diketuai oleh Pengerusi MPKK, Tuan Haji Mohd Alias bin Hamdi. Penghulu Mukim Tanjung 12 (2) I dan wakil Bahagian Khidmat Pengurusan PDTKL juga turut serta dalam sesi tersebut.

Santai pagi ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PDTKL dengan penduduk Kampong dan berbincang mengenai isu-isu pentadbiran dan perkembangan semasa komuniti Kampung bukit Changgang khususnya mengenai masalah banjir serta perancangan pembangunan masa hadapan kampung.

Pentadbiran ini merakamkan penghargaan ke atas kerjasama pengurusan MPKK Kampong Bukit Changgang. Sesi-sesi sebegini akan diteruskan ke kampung-kampung lain di dalam Daerah Kuala Langat.

Related Posts